Mentor Geografi

GC-Geografi Sekolah Dato' Penggawa Barat Pontian

OBJEKTIF MATA PELAJARAN GEOGRAFI TINGKATAN 3

Kurikulum Geografi Tingkatan 3 membolehkan murid:

1. menentukan kedudukan berpandukan arah, skala dan jarak serta dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

2. memerhati, mengukur, mengira, merekod, mengelas, menilai, mentafsir dan membuat rumusan tentang ciri-ciri geografi melalui Kajian Geografi Tempatan.

3. memperoleh kemahiran melukis, melabel dan menyampaikan maklumat dalam bentuk jadual, pelbagai graf, carta pai, rajah dan peta lakar.

4. memperoleh kemahiran membaca, menghurai dan mentafsir serta membuat rumusan tentang  ciri-ciri geografi berasaskan jadual, pelbagai graf, carta pai, rajah dan peta lakar.

5. menyata dan menjelaskan ciri-ciri geografi yang istimewa pada sumber dan kegiatan ekonomi di kawasan setempat, negara Malaysia serta negara-negara lain.

6. menyatakan saling berkait antara manusia dengan sumber dan antara manusia dengan kegiatan ekonomi yang membawa kesan terhadap alam sekitar.

7. menyatakan saling berkait dan saling bergantung antara negara Malaysia dengan negara-negara lain dalam pengurusan sumber dan kegiatan ekonomi.

8. menerangkan kesan penerokaan sumber dan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar.

9. menjelaskan pentingnya menguruskan sumber dengan bertanggungjawab dan bijaksana untuk kesejahteraan bersama.

10. menghuraikan sumbangan kegiatan ekonomi terhadap pembangunan negara.

11. bersyukur dengan pelbagai anugerah Tuhan.

12. mempunyai sikap patriotisme terhadap negara Malaysia.


BAHAGIAN A: KEMAHIRAN GEOGRAFI

Kemahiran Geografi yang dipelajari di Tingkatan I dan 2 dilanjut dan dipertingkatkan lagi. Bahagian ini bertujuan untuk

membolehkan murid menguasai kemahiran geografi serta menghubungkaitkan antara aspek kedudukan, arah, skala dan jarak

dalam organisasi ruangan.

Kandungan bahagian ini merangkumi kemahiran untuk menentukan kedudukan dengan menggunakan rujukan grid, arah dengan

menggunakan bearing, skala dan jarak dengan menggunakan skala lurus, skala penyata dan pecahan wakilan. Kemahiran

menggunakan garisan kontur sebagai satu simbol untuk menunjukkan ketinggian dan bentuk muka sesuatu dipelajari. Kemahiran menyusun data dan maklumat, melukis dan mentafsir graf bar mudah, graf garisan mudah, carta pai mudah, rajah dan peta turut dilaksanakan.

Pembelajaran kemahiran tersebut hendaklah djalankan secara amali dalam alam persekitaran murid sendiri. Tujuannya untuk membolehkan murid menguasai dan mengamalkan kemahiran tersebut. Kemahiran yang telah dikuasai di peringkat Tingkatan 1 dan 2 hendaklah diaplikasikan dalam Geografi Fizikal dan Manusia dan Kajian Geografi Tempatan.

Unsur-unsur patriotisme diberi penekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

BAHAGIAN A: KEMAHIRAN GEOGRAFI

TAJUK
KONSEP
HASIL PEMBELAJARAN
UNSUR

PATRIOTISME
CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN
1. Kedudukan

1.1 Rujukan

Grid
Kedudukan Mengenal pasti kedudukan dengan

menggunakan Rujukan Grid berasaskan

peta topografi.

Aras 1

• Mengenal pasti kedudukan Garisan

Timuran dan Garisan Utaraan berasaskan

peta topografi.

• Menyatakan Rujukan Grid 4 angka dan 6

angka berdasarkan ciri-ciri geografi yang

diberi.

• Menamakan ciri-ciri geografi berdasarkan

Rujukan Grid 4 angka dan 6 angka.
Aras 2

• Menunjuk cara penggunaan Rujukan Grid

4 angka dan 6 angka berdasarkan ciri-ciri

geografi yang diberi.

• Membandingkan dan membezakan

penggunaan Rujukan Grid 4 angka dan 6

angka.
Menjelaskan garisan Timuran dan garisan

Utaraan.

Menunjuk cara membaca Rujukan Grid 4

angka dan 6 angka.
8.1 Ketinggian Aras 2

• Menunjuk cara penggunaan Rujukan Grid

4 angka dan 6 angka berdasarkan ciri-ciri

geografi yang diberi.

• Membandingkan dan membezakan

penggunaan Rujukan Grid 4 angka dan 6

angka.

Menentukan ketinggian dalam peta lakar

yang berasaskan peta topografi.

Aras 1

• Menyatakan cara mengenal ketinggian

dalam peta lakar yang berasaskan peta

topografi.

• Menentukan ketinggian dalam peta lakar

yang berasaskan peta topografi.
Aras 2

• Membandingkan dan membezakan

simbol-simbol ketinggian dalam peta lakar

yang berasaskan peta topografi.

Aras 3

• Mengira ketinggian berpandukan selang

kontur dalam peta lakar yang berasaskan

peta topografi.
Membincangkan simbol-simbol ketinggian

dalam peta lakar yang berasaskan peta

topografi.

Menjelaskan maksud selang kontur.

Melengkapkan pengurusan grafik tentang

simbol ketinggian dalam peta topografi.

Mengumpul gambar tentang ciri-ciri bentuk

muka bumi daripada pelbagai media seperti

bahan bercetak dan internet.

Menjalankan aktiviti permainan

menyelesaikan masalah ketinggian dalam

peta lakar.
8.2 Kontur

dan

Keratan

Rentas
Mengenal pasti bentuk muka bumi

berdasarkan garisan kontur.

Aras 1

• Menamakan bentuk muka bumi

berdasarkan ciri-ciri garisan kontur:

• Cerun curam

• Cerun landai

• Cerun bertangga
Menjelaskan garisan kontur.

Membincangkan bentuk muka bumi

berdasarkan ciri-ciri garisan kontur melalui

lukisan keratan rentas.

Menghasilkan model bentuk muka bumi

berdasarkan ciri-ciri garisan kontur.
2. Arah Bearing Arah Aras 2

• Melukiskan keratan rentas berdasarkan

garisan kontur yang diberi

• Menjelaskan ciri-ciri bentuk muka bumi

berdasarkan keratan rentas yang dilukis.

Menentukan bearing dengan menggunakan

jangka sudut di atas peta lakar berasaskan

peta topografi.

Aras 1

• Mengukur bearing sesuatu tempat dengan

menggunakan jangka sudut di atas peta

lakar berasaskan peta topografi.
Menunjuk cara mengukur bearing dengan

menggunakan jangka sudut.
3. Skala Jarak Keluasan Menggunakan skala untuk menentukan

jarak dan keluasan di atas peta lakar yang

berasaskan peta topografi.

Aras 1

• Menyatakan jenis-jenis skala:

• skala lurus

• skala penyata

• pecahan wakilan

• Mengukur jarak dengan menggunakan

skala.

• Mengira keluasan kawasan sekata

berpandukan skala peta.

Aras 2

• Menukar dan menghubungkaitkan setiap

skala:

• skala lurus

• skala penyata

• pecahan wakilan

Mengira anggaran keluasan kawasan tidak

sekata berpandukan skala peta.
Menerangkan cara-cara menukar setiap

skala.

Menunjuk cara mengukur jarak antara dua

tempat mengikut skala peta.

Menunjuk cara mengira keluasan

berdasarkan skala peta.
4. Graf, carta dan

rajah
Menyusun maklumat dan data dalam bentuk

jadual, melukis dan mentafsir graf, carta dan

rajah.

Aras 1

• Menyusun maklumat dan data dalam

bentuk jadual.

• Melukis dan melengkapkan:

• Graf bar majmuk

• Graf gabungan

• Carta pai

• Rajah aliran

Aras 2

• Membaca

• Graf bar majmuk

• Graf gabungan

• Carta pai

• Rajah aliran

Aras 3

• Mentafsir dan merumus graf, carta dan

rajah.
• Berusaha

membangunkan

negara Malaysia

o berbangga

dengan

kepelbagaian

aktiviti ekonomi

dan eksport

negara

Malaysia

• Bersatu dalam

kepelbagaian

o Berbangga

dengan

kepelbagaian

komposisi

penduduk

negara

Malaysia.
Menunjukkan cara membina jadual, graf,

carta dan rajah.

Menjalankan aktiviti kumpulan untuk

mengumpul jadual, graf, carta dan rajah

daripada pelbagai media seperti bahan

bercetak dan internet.

Menerangkan cara mentafsir graf, carta dan

rajah.

Pembentangan hasil kerja secara

berkumpulan.
5. Peta Pandang darat

fizikal

Pandang darat

budaya
Mengenal pasti pandang darat fizikal dan

budaya dalam peta lakar yang berasaskan

peta topografi.

Aras 1

• Menyenaraikan pandang darat fizikal dan

budaya berdasarkan simbol-simbol dalam

peta lakar.

Aras 2

• Menghubungkaitkan pandang darat fizikal

dan budaya dalam peta lakar.

Aras 3

• Mentafsir peta lakar.
• Mencintai negara

Malaysia

o Berbangga

terhadap

kepelbagaian

ciri-ciri pandang

darat fizikal dan

budaya negara

Malaysia.
Membincangkan pandang darat fizikal dan

budaya dalam peta lakar.

Mengadakan kuiz tentang pandang darat

fizikal dan budaya dalam peta lakar.


BAHAGIAN B: GEOGRAFI FIZIKAL DAN MANUSIA

Kajian mendalam dijalankan mengenai saling kaitan dan interaksi antara aspek kemanusiaan dengan aspek fizikal untuk memberi gambaran tentang bumi sebagai ruang kediaman dan kegiatan manusia.

Tumpuan kajian diberi kepada aspek-aspek interaksi ruangan daripada aspek pola, taburan dan perubahan yang wujud. Isu-isu yang timbul akibat interaksi itu juga dlutamakan. Kandungan juga  menekankan kajian mengenal pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar bagi menjamin penggunaan sumber alam dan kualiti hidup yang sempurna.

Kajian Geografi Fizikal dan Manusia berasaskan dua tema iaitu Sumber dan Kegiatan Ekonomi. Tumpuan kajian untuk melihat interaksi antara manusia dengan manusla dan manusla dengan alam sekitar. Skala kajian berfokuskan negara Malaysia dan perbandingan dengan negara lain dilakukan untuk melihat ciri-ciri persamaan dan kelainan yang wujud dalam aspek-aspek tertentu.

Kemahiran Geografi perlu diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk mengukuhkan persepsi murid terhadap organisas! ruangan.

Unsur-unsur patriotisme diberi penekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.


TEMA 7: SUMBER

TAJUK
KONSEP
HASIL PEMBELAJARAN
UNSUR

PATRIOTISME
CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN
7.1 Sumber-sumber

utama
Sumber Memahami jenis-jenis sumber utama

Aras 1

• Mentakrif sumber:

• Boleh diperbaharui

• Tidak boleh diperbaharui

• Menyenaraikan jenis-jenis sumber utama:

• Mineral

• Hutan

• Air

• Tanih

• Cahaya matahari / solar

• Mengelaskan jenis-jenis sumber utama:

• Boleh diperbaharui

• Tidak boleh diperbaharui
• Mencintai negaa

Malaysia

o Bersyukur

terhadap

kepelbagaian

sumber negara

Malaysia
Mengadakan pidato spontan tentang sumber.

Mengadakan tayangan video tentang sumber.

Mengadakan aktiviti kumpulan untuk

mengumpul maklumat tentang sumber

daripada pelbagai media seperti bahan

bercetak dan internet.
7.2 Taburan

pelbagai

sumber

a. Sumber

mineral
Memahami tabuan sumber mineral negara

Malaysia

Aras 1

• Menyenaraikan jenis-jenis mineral logam

dan bukan logam.

• Menamakan jenis dan kawasan mineral di

negara Malaysia:

• Petroleum dan gas asli

• Kaolin (tanah liat)

• Bauksit

• Emas

• Batu kapur

• Bijih timah

• Arang batu

• Tembaga (kuprum)

Aras 2

• Menanda dan menamakan taburan

mineral di atas peta negara Malaysia.
• Mencintai negara

Malaysia

o Bersyukur

terhadap

kepelbagaian

sumber

mineral
Membincangkan taburan mineral

berpandukan pelbagai media seperti atlas dan

internet.

Mengadakan kuiz tentang taburan mineral

negara Malaysia
b. Sumber

hutan
Memahami taburan hutan negara Malaysia

Aras 1

• Menamakan jenis dan kawasan hutan

negara Malaysia

• Menyenaraikan sumber hutan negara

Malaysia

• Hutan Hujan Tropika

• Hutan Paya

• Hutan Pantai

• Hutan Gunung

Aras 2

• Menanda dan menamakan taburan hutan

di atas peta negara Malaysia
• Mencintai negara

Malaysia

o Bersyukur

terhadap

kepelbagaian

sumber hutan
Memadankan jenis-jenis hutan dengan

lokasinya di atas peta negara Malaysia.

Menghasilkan buku skrap tentang jenis-jenis

hutan negara Malaysia.
c. Sumber

Tenaga
Memahami pelbagai penggunaan sumber

tenaga negara Malaysia

Aras 1

• Menyenaraikan sumber tenaga yang

digunakan di negara Malaysia

• Petroleum dan gas asli

• Kuasa hidroelektrik

• Suria

• Arang batu

• Nuklear

• Biomas/biojism

• Menamakan sumber tenaga dan

taburannya di negara Malaysia
Aras 2

• Menanda dan menamakan taburan

sumber tenaga di atas peta negara

Malaysia.

• Menghuraikan penggunaan sumber

tenaga negara Malaysia:

• petroleum dan gas asli

• kuasa hidroelektrik

• suria

• arang batu

• nuklear

• biomas/biojism

Aras 3

• Membuat kesimpulan tentang

penggunaan sumber tenaga negara

Malaysia pada masa depan seperti:

• Kemajuan teknologi

• Kitar semula
• Mencintai negara

Malaysia

o Bergangga

dengan

kepelbagaian

sumber negara

Malaysia
• Berusaha

membangunkan

negara Malaysia

o Menghargai

usaha-usaha

yang diambil

untuk

memajukan

sumber tenaga

negara

Malaysia.
Mengadakan aktiviti kumpulan untuk

mengumpul maklumat tentang penggunaan

sumber tenaga negara Malaysia.

Membincangkan perubahan penggunaan

sumber tenaga mengikut kepentingan,

teknologi dan perubahan semasa

berpandukan pelbagai media seperti bahan

bercetak dan internet.

Mengadakan tayangan video.

Mengadakan lawatan sambil belajar.

Meramalkan penggunaan sumber tenaga di

Malaysia.
d. Sumber

tenaga di

negara lain
Memahami jenis sumber tenaga negara

lain

Aras 1

• Menyenaraikan jenis sumber tenaga

negara lain:

• suria (Jepun)

• ombak (Perancis)

• pasang surut (China)

• angin (Belanda)

• biomas/biojism (India)

• geoterma (Iceland)

Aras 2

• Menghuraikan penggunaan sumber

tenaga di negara lain:

• suria (Jepun)

• ombak (Perancis)

• pasang surut (China)

• angin (Belanda)

• biomas/biojism (India)

• geoterma (Iceland)
Mengumpul maklumat tentang jenis-jenis

tenaga gantian negara lain daripada pelbagai

media seperti bahan bercetak dan internet.

Menghasilkan buku skrap tentang jenis-jenis

tenaga gantian negara lain.
7.3 Kepentingan

pelbagai

sumber
Memahami kepentingan penerokaan

pelbagai sumber negara Malaysia.

Aras 1

• Menerangkan kepentingan penerokaan

pelbagai sumber negara Malaysia seperti:

• bahan mentah

• pekerjaan

• pendapatan negara

• pembukaan kawasan baru

• infrastruktur

Aras 2

• Menjelaskan dengan contoh kepentingan

penerokaan pelbagai sumber negara

Malaysia:

• Bahan mentah

• Pekerjaan

• Pendapatan negara

• Pembukaan kawasan baru

• Infrastruktur
Aras 3

• Menghubungkaitkan kepentingan

penerokaan pelbagai sumber kepada

pembangunan negara Malaysia seperti:

• Pembandaran

• Perindustrian

• Infrastruktur
• Mencintai negara

Malaysia

o Menghargai

sumbangan

sumber

kepada

pembangunan

negara

Malaysia.
Membincangkan kepentingan penerokaan

pelbagai sumber negara Malaysia

berpandukan pelbagai media seperti bahan

bercetak dan internet.

Menghasilkan peta minda tentang

kepentingan penerokaan pelbagai sumber

negara Malaysia.
7.4 Kesan

penerokaan

sumber

terhadap alam

sekitar
Pandang darat Aras 3

• Menghubungkaitkan kepentingan

penerokaan pelbagai sumber kepada

pembangunan negara Malaysia seperti:

• Pembandaran

• Perindustrian

• Infrastruktur

Memahami kesan penerokaan sumber

terhadap alam sekitar negara Malaysia.

Aras 1

• Menyenaraikan kesan penerokaan

sumber terhadap alam sekitar negara

Malaysia:

• perubahan pandang darat (landskap)

• kepupusan

• peningkatan suhu

• hakisan

• banjir

• pencemaran udara dan air
Aras 2

• Menghuraikan dengan contoh kesan

penerokaan sumber terhadap alam

sekitar negara Malaysia:

• perubahan pandang darat landskap

• kepupusan

• peningkatan suhu

• hakisan

• banjir

• pencemaran udara dan air
• Mempertahankan

negara Malaysia

o Prihatin

terhadap

kesan

penerokaan

sumber.
Membincangkan kesan-kesan penerokaan

sumber terhadap alam sekitar berpandukan

pelbagai media seperti bahan bercetak dan

internet.

Menghasilkan buku skrap tentang kesan

penerokaan sumber terhadap alam sekitar

negara Malaysia.

Mengadakan perbahasan bertajuk:

Penerokaan sumber lebih banyak membawa

kebaikan daripada keburukan.
7.5 Pengurusan

sumber
Kepupusan

Ekosistem

Pemeliharaan

Pemuliharaan

Pembangunan

lestari
Memahami kepentingan dan langkahlangkah

pengurusan sumber.

Aras 1

• Menyatakan kepentingan pengurusan

sumber seperti:

• mengelakkan kepupusan

• menjamin bekalan sumber berterusan

• keseimbangan ekosistem

• Menyenaraikan langkah-langkah

pengurusan sumber yang dapat

mengurangkan kesan negatif penerokaan

sumber:

• pemeliharaan

• pemuliharaan

Aras 2

• Menghuraikan kepentingan pengurusan

sumber:

• mengelakkan kepupusan

• menjamin bekalan sumber berterusan

• keseimbangan ekonomi
• Menghuraikan langkah-langkah

pengurusan sumber:

• pemeliharaan

• pemuliharaan

• Menghuraikan langkah-langkah

pengurusan sumber air di Jepun.

Aras 3

• Mencadangkan langkah-langkah yang

boleh diambil dalam pengurusan sumber

untuk kegunaan masa depan.
• Mempertahankan

negara Malaysia

o Bertanggungja

wab

memelihara

alam sekitar

negara

Malaysia
Membincangkan kepentingan pengurusan

sumber.

Sumbang saran langkah-langkah pengurusan

sumber yang dapat mengurangkan kesan

negatif penerokaan sumber ke atas alam

sekitar negara Malaysia.

Mengadakan pertandingan melukis poster.

Menghasilkan penanda buku bertemakan

pengurusan sumber.
Membincangkan langkah-langkah pengurusan

sumber air di Jepun.

Mengumpul maklumat tentang langkahlangkah

pengurusan sumber air di Jepun

daripada pelbagai media seperti bahan

bercetak dan internet.
8.1 Kegiatan

ekonomi utama
Memahami faktor-faktor yang

mempengaruhi kegiatan ekonomi negara

Malaysia.

Aras 1

• Menyenaraikan faktor-faktor yang

mempengaruhi kegiatan ekonomi utama

negara Malaysia:

Faktor Fizikal

• bentuk muka bumi

• tanih

• iklim

• bahan mentah

Faktor kemanusiaan

• teknologi

• dasar kerajaan

• pasaran

• modal

• infrastruktur

• buruh
Aras 2

• Menerangkan dengan contoh faktor-faktor

yang mempengaruhi kegiatan ekonomi

utama negara Malaysia:

Faktor Fizikal

• bentuk muka bumi

• tanih

• iklim

• bahan mentah

Faktor kemanusiaan

• teknologi

• dasar kerajaan

• pasaran

• modal

• infrastruktur

• buruh
• Mencintai negara

Malaysia

o Bersyukur

kerana negara

Malaysia boleh

menjalankan

pelbagai

kegiatan

ekonomi.
Membincangkan faktor-faktor utama yang

mempengaruhi kegiatan ekonomi utama

negara Malaysia dengan berpandukan

pelbagai media seperti bahan bercetak dan

internet.

Menghasilkan peta minda.
8.3 Sumbangan

kegiatan

ekonomi

terhadap

pembangunan

negara
Saling kaitan Memahami kepentingan kegiatan ekonomi

terhadap pembangunan negara Malaysia

Aras 1

• Menyenaraikan kepentingan kegiatan

ekonomi terhadap pembangunan negara

Malaysia:

• peluang pekerjaan

• peningkatan taraf hidup

• pendapatan negara

• peningkatan infrastruktur

• pengurangan import

• pemindahan teknologi

• proses pembandaran

Aras 2

• Menguraikan dengan contoh kepentingan

kegiatan ekonomi terhadap pembangunan

negara Malaysia

• peluang pekerjaan

• peningkatan taraf hidup

• pendapatan negara

• peningkatan infrastruktur

• pengurangan import

• pemindahan teknologi

• proses pembandaran
• Berusaha

membangunkan

negara Malaysia

o Berbangga

dengan

pembangunan

ekonomi

negara

Malaysia
Sumbang saran kepentingan kegiatan

ekonomi terhadap pembangunan negara

Malaysia

Mengadakan pidato spontan.

Menghasilkan buku skrap tentang

kepentingan kegiatan ekonomi terhadap

pembangunan negara Malaysia.
8.4 Kesan kegiatan

ekonomi

terhadap alam

sekitar
Kesan rumah

hijau

Penipisan

lapisan ozon

Pulau haba

Hujan asid
Memahami kesan kegiatan ekonomi

terhadap alam sekitar negara Malaysia.

Aras 1

• Menyenaraikan kesan kegiatan ekonomi

terhadap alam sekitar negara Malaysia:

• kepupusan sumber

• pencemaran

• perubahan pandang darat (landskap)

• kesan rumah hijau

• penipisan lapisan ozon

• pulau haba

• hujan asid
Aras 2

• Menjelaskan dengan contoh kesan

kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar

negara Malaysia:

• kepupusan sumber

• pencemaran

• perubahan pandang darat (landskap)

• kesan rumah hijau

• penipisan lapisan ozon

• pulau haba

• hujan asid

Aras 3

Merumus tentang kesan kegiatan ekonomi

terhadap alam sekitar negara Malaysia.
• Mempertahankan

negara Malaysia

o bertanggungja

wab

memelihara

alam sekitar

negara

Malaysia.
Membincangkan kesan kegiatan ekonomi

negara Malaysia berpandukan pelbagai media

seperti bahan bercetak dan internet.

Mengadakan pertandingan melukis poster.

Mengadakan pertandingan menulis esei.

Meramalkan kesan kegiatan ekonomi

terhadap alam sekitar negara Malaysia.
8.5 Langkahlangkah

mengurangkan

kesan kegiatan

ekonomi

terhadap alam

sekitar
Pemeliharaan

Pemuliharaan
Memahami langkah-langkah

mengurangkan kesan kegiatan ekonomi

terhadap alam sekitar.

Aras 1

• Menyenaraikan langkah-langkah

mengurangkan kesan kegiatan ekonomi

terhadap alam sekitar negara Malaysia:

• penghutanan semula

• kitar semula

• pendidikan alam sekitar

• kempen

• penguatkuasaan undang-undang

• penyelidikan dan pembangunan

(R&D)

• penggunaan bahan sumber tenaga

mesra alam
Aras 2

• Menghuraikan langkah-langkah

mengurangkan kesan kegiatan ekonomi

terhadap alam sekitar negara Malaysia

• penghutanan semula

• kitar semula

• pendidikan

• kempen

• penguatkuasaan undang-undang

• penyelidikan dan pembangunan

(R&D)

• penggunaan sumber tenaga mesra

alam

Aras 3

• Membandingkan dan membezakan

langkah-langkah mengurangkan kesan

kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar

negara Malaysia dengan negara lain:

• kitar semula

(Jerman, Denmark, Taiwan)

• rawat semula air

(Jepun, Singapura, China)

• Mencadangkan langkah-langkah lain bagi

mengurangkan kesan kegiatan ekonomi

terhadap alam sekitar.
• Mencintai negara

Malaysia

o Prihatin

terhadap

penjagaan

alam sekitar
Sumbang saran langkah-langkah

mengurangkan kesan kegiatan ekonomi

terhadap alam sekitar negara Malaysia.

Membincangkan langkah-langkah

mengurangkan kesan kegiatan ekonomi

terhadap alam sekitar negara lain

berpandukan pelbagai media seperti bahan

bercetak dan internet.

Melengkapkan pengurusan grafik tentang

persamaan dan perbezaan langkah-langkah

mengurangkan kesan kegiatan ekonomi

terhadap alam sekitar negara Malaysia

dengan negara lain.

Menghasilkan buku skrap tentang langkahlangkah

mengurangkan kesan kegiatan

ekonomi terhadap alam sekitar negara

Malaysia dengan negara lain.
8.6 Kepentingan

kerjasama

ekonomi

antarabangsa
Saling

bergantung

Saling kaitan
Memahami kepentingan kerjasama

ekonomi antarabangsa.

Aras 1

• Menyatakan kepentingan kerjasama

ekonomi antarabangsa:

• pemindahan teknologi

• hubungan perdagangan

• pelaburan/modal

• pasaran

• buruh

• bahan mentah

Aras 2

• Menjelaskan dengan contoh kepentingan

kerjasama ekonomi antarabangsa

Aras 3

• Merumus tentang kesan kerjasama

ekonomi antarabangsa pada masa depan
• Berusaha

membangunkan

negara Malaysia

o Menghargai

usaha kerajaan

dalam

membangunka

n ekonomi

negara.
Sumbang saran kepentingan kerjasama

ekonomi antarabangsa.

Mengadakan syarahan tentang kepentingan

kerjasama ekonomi antarabangsa.

Meramalkan kesan kerjasama ekonomi

antarabangsa kepada negara Malaysia.


BAHAGIAN C: KAJIIAN GEOGRAFI TEMPATAN

Bahagian ini memberi penegasan kepada kerja amali untuk menghubungkaitkan aspek Geografi dalam organisasi ruangan. Kawasan persekitaran murid digunakan sebagai konteks pengajaran dan  pembelajaran untuk memahami beberapa aspek organisasi ruangan.

Keadaan saling berkait dan saling bergantung antara alam sekitar dengan manusia perlu dijelaskan.  Semangat mencintai dan menghargai kawasan sendiri dapat disemai melalui pemahaman tentang ciri-ciri istimewa yang wujud hasil daripada proses interaksi yang berlaku.

Dalam pengajaran dan pembelajaran Kajian Geografl Tempatan (KGT), tema-tema dalam Sukatan  Pelajaran perlu dipelajari secara bersepadu. Kawasan kajian sama ada:

a) rumah dan persekitaran, atau

b) sekolah dan persekitaran, atau

c) mana-mana kawasan antara rumah dan sekolah.


Arahan Am

• Semua murid Tingkatan 3 wajib menjalankan KGT.

• Kerja lapangan boleh dijalankan secara individu atau berkumpulan tetapi laporan KGT hendaklah dibuat secara individu.

• Kajian in! berasaskan mana-mana satu tema yang diajar di Tingkatan 1, 2 dan 3.

• Skala kawasan kajian meliputi kawasan tidak melebihi 20km persegi.

• Sekiranya kajian melibatkan temu bual, saiz sampel tidak melebihi 30 orang responden.

• KGT dijalankan mulai awal tahun selama enam hingga lapan minggu.

• Kerja lapangan tidak menggunakan waktu pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

• Laporan KGT mesti dinilai dan diambil kira dalam pemarkahan keseluruhan Geografl PMR.

• Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi untuk mencari maklumat dan penulisan laporan
digalakkan.

• Panjang laporan Hasil Kajian tidak lebih daripada 350 patah perkataan.

• Laporan KGT hendaklah disediakan dalam kertas bersaiz A4.

• Laporan yang disedlakan perlu menyentuh semua kriteria yang ditetapkan dalam format penulisan
laporan.


Format penullsan laporan

1. Tajuk kajian

2. Senarai kandungan

3. Penghargaan

4. Pendahuluan

5. Objektif kajian

6. Kawasan kajian

7. Kaedah kajian

8. Hasil kajian

9. Rumusan

10. Lampiran

11. Rujukan


TEMA 7: SUMBER

TAJUK
OBJEKTIF KAJIAN
UNSUR PATRIOTISME
CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN
Kesan penerokaan

sumber di kawasan

kajian
• Mengenal pasti jenis-jenis sumber utama di

kawasan kajian.

• Memilih dan menerangkan satu jenis sumber

yang terdapat di kawasan kajian.
• Merekod dan mempersembahkan maklumat

dan data dalam bentuk:

• jadual

• graf

• carta pai

• peta

• rajah

• Merumus kesan penerokaan sumber tersebut

di kawasan kajian.
• Mencintai negara Malaysia

o Menghargai

sumbangan sumber di

kawasan kajian.
Menentukan lokasi kawasan kajian menggunakan

peta lakar.

Menerangkan jenis-jenis sumber utama di

kawasan kajian:

• mineral

• hutan

• tanih

• air

Membincang dan memilih satu jenis sumber yang

terdapat di kawasan kajian.

Membimbing murid memproses maklumat dan

data yang sesuai.

Membincangkan kesan penerokaan sumber di

kawasan kajian.

Kesan positif seperti:

• Memajukan kegiatan ekonomi setempat

• Peluang pekerjaan

• Infrastruktur

Kesan negatif seperti

• hakisan

• pencemaran
Menerangkan teknik membuat rumusan.

Selain daripada tajuk yang diberikan, guru boleh

memilih tajuk-tajuk yang berkaitan dengan sumber

contoh:

• isu-isu semasa yang berkaitan dengan

sumber di kawasan kajian.
Sumbangan

kegiatan ekonomi

terhadap

pembangunan

kawasan
• Mengenal pasti pelbagai kegiatan ekonomi di

kawasan kajian.

• Memilih satu jenis kegiatan ekonomi di

kawasan kajian.

• Mengkaji sumbangan kegiatan ekonomi

tersebut terhadap pembangunan di kawasan

kajian.
• Merekod dan mempersembahkan maklumat

dan data yang diperoleh dalam bentuk yang

sesuai seperti:

• jadual

• graf

• carta pai

• rajah

• peta

• Merumus sumbangan kegiatan ekonomi

tersebut terhadap pembangunan di kawasan

kajian.
• Berusaha membangunkan

negara Malaysia

• Berbangga dengan

tahap kemajuan

kegiatan ekonomi

setempat.
Menentukan lokasi kawasan kajian menggunakan

peta lakar.

Menerangkan pelbagai kegiatan ekonomi di

kawasan kajian.

• pertanian

• perikanan

• perlombongan

• pembalakan

• perindustrian

• perkhidmatan (pelancongan, perdagangan,

pengangkutan, kewangan dan pendidikan)

Membincang dan meilih satu jenis kegiatan

ekonomi yang terdapat di kawasan kajian.

Membimbing murid memproses maklumat dan

data yang sesuai.
Membincangkan sumbangan kegiatan ekonomi

tersebut terhadap pembangunan di kawasan kajian

seperti:

• Peluang pekerjaan

• Peningkatan taraf hidup

• Peningkatan infrastruktur pemindahan

teknologi pendapatan

Menerangkan teknik membuat rumusan.

Selain daripada tajuk yang diberikan guru boleh

mimilih tajuk-tajuk yang berkaitan dengan kegiatan

ekonomi contoh:

• isu-isu semasa berkaitan dengan kegiatan

ekonomi di kawasan kajian.

0 comments:

Catat Ulasan

Waktu Piawai Dunia