Mentor Geografi

GC-Geografi Sekolah Dato' Penggawa Barat Pontian


Contoh Pengajaran dan Pembelajaran ( Cuaca dan Iklim )

Setelah meneliti topik-topik untuk mengajar, guru boleh mencetak atau membesarkan mana-mana rajah, peta atau gambar untuk penerangan dalam kelas sebagai bahan bantu mengajar.

Tema                          :           Cuaca dan Iklim Di Malaysia
Tajuk  (sub )              :           Kajadian Bayu Laut dan Bayu Darat
Konsep                      :           Cuaca – tiupan angin
Hasil Pembelajaran            :           Supaya di akhir pelajaran pelajar dapat:
1)    Menyenaraikan sekurang-kurangnya 3 ciri bayu laut dan 3 ciri bayu darat dengan betul
2)    Membezakan antara ciri-ciri dan kejadian bayu laut dan bayu darat dengan jelas
:           3)   Pelajar boleh melabel rajah  bayu laut dan darat dengan
      tepat
Aktiviti                                    :           Sumbangsaran guru mengenai udara yang bergerak – apa itu bayu, angin
kencang, ribut dan taufan                          :          
                                    :           Memaparkan rajah bayu laut dan bayu darat
                                    :           Penerangan tekanan udara rendah ( panas ) dan tekanan udara
tinggi ( sejuk )
                                    :           Pelajar melabel sambil menerangkan kejadian bayu laut dan bayu darat.
                                                Pelajar melengkapkan penyusun grafik
                                                Pelajar menjawab soalan latihan
Contoh
Refleksi                     :           70% pelajar boleh menjawab soalan-soalan berkaitan bayu laut dan bayu
darat serta mendapat 80% soalan betul.
Terdapat 5 orang pelajar yang tidak dapat melabel rajah dengan tepat.















Nota:

Kaedah masteri learning memerlukan pelajar mahir atau memahami sepenuhnya topik pada ketika itu sebelum layak ke topik berkaitan seterusnya.

Tahu konsep kejadian bayu laut dan bayu darat sebelum boleh dikaitkan pergerakan angin monsun dari hemisfera utara ( pendalaman negara China ) dengan hemisfera selatan ( gurun Australia )

Refleksi ditulis selepas akhir sesi P&P.

0 comments:

Catat Ulasan

Waktu Piawai Dunia