Mentor Geografi

GC-Geografi Sekolah Dato' Penggawa Barat Pontian

OBJEKTIF MATA PELAJARAN GEOGRAFI TINGKATAN 2
Kurikulum Geografi Tingkatan 2 membolehkan murid:

1. menentukan kedudukan berpandukan latitud, longitud, bearing sudutan, skala lurus dan jarak di atas peta.

2. memerhati, mengukur, mengira, merekod, mengelas, mentafsir dan membuat rumusan tentang ciri-ciri geografi melalui Kajian Geografi Tempatan

3. memperoleh kemahiran membaca, melukis dan mentafsir ciri-ciri geografi berasaskan jadual, graf bar berganda, graf garisan berganda, pelan dan peta lakar.

4. menyata dan menjelaskan ciri-ciri geografi yang istimewa dalam dinamik penduduk, petempatan dan perkembangannya serta pengangkutan dan perhubungan.

5. menyatakan saling kaitan antara manusia dengan alam sekitar.

6. menjelaskan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar dan pentingnya menghargai serta menguruskannya dengan bertanggungjawab dan bijaksana.

7. menjelaskan saling kaitan dan saling bergantung antara negara Malaysia dengan negara-negara lain dalam dinamik penduduk, petempatan dan perkembangannya serta pengangkutan dan perhubungan.

8. menyedari dan menghargai persamaan dan kelainan dalam dinamik penduduk, petempatan dan perkembangannya serta pengangkutan dan perhubungan.

9. bersyukur dengan pelbagai anugerah Tuhan.

10. mempunyai semangat patriotik terhadap negara Malaysia.


BAHAGIAN A: KEMAHIRAN GEOGRAFI

         Kemahiran Geografi yang dipelajari di Tingkatan 1 dipertingkatkan lagi di Tingkatan 2. Bahagian ini bertujuan untuk membolehkan murid menghubungkaitkan aspek kedudukan, arah, skala dan jarak dalam organisasi ruangan.

         Kandungannya tertumpu kepada pemerolehan kemahiran menggunakan kompas, alat ukur, atlas dan glob. Selain itu, kemahiran berkaitan dengan cara menyampaikan maklumat berbentuk grafik seperti jadual, graf, rajah dan peta juga ditegaskan untuk membuat generalisasi tentang taburan, pola dan saling kaitan antara kegiatan manusia dengan alam sekitar.

          Pembelajaran kemahiran yang berkaitan dengan kedudukan, arah, skala dan jarak hendaklah dijalankan melalui kerja lapangan. Murid boleh menggunakan persekitarannya sebagai asas pembelajaran. Kemahiran-kemahiran seperti memerhati, mengukur, merekod, melakar peta, melukis dan mentafsir jadual, graf, rajah dan peta dilaksanakan.

          Aplikasi kemahiran-kemahiran tersebut perlu sentiasa dilaksanakan dalam Kajian Geografi Fizikal dan Manusia dan dalam Kajian Geografi Tempatan.

           Penggunaan atlas dan penekanan terhadap unsur-unsur patriotisme adalah digalakkan semasa
pengajaran dan pembelajaran Geografi.


BAHAGIAN A: KEMAHIRAN GEOGRAFI

TAJUK
KONSEP
HASIL PEMBELAJARAN
UNSUR PATRIOTISME
CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
1. Kedudukan Kedudukan Garisan Tarikh Antarabangsa(GTA)
Garisan Meridian Pangkal (GMP)
Memahami kedudukan sesuatu
tempat berdasarkan latitud dan
longitud serta mengenal zon
waktu.

Aras 1
• Mengenal latitud dan longitud
• Menyatakan kedudukan sesuatu tempat berasaskan latitud dan longitud.
• Mengenal zon w aktu di atas peta dunia.
• Mentakrifkan waktu tempatan dan waktu piawai.

Aras 2
• Menentukan kedudukan sesuatu tempat dengan menggunakan latitud dan longitud.

Aras 3
• Mengira w aktu tempatan berasaskan kedudukan longitud.

Menunjuk cara:
- menentukan kedudukan latitud dan longitud pada glob.
- menentukan kedudukan latitud dan longitud berdasarkan peta.
- menentukan kedudukan sesuatu tempat berdasarkan titik persilangan.


Menentukan kedudukan latitud dan longitud secara berkumpulan pada glob.
2. Arah Arah Menentukan arah dengan menggunakan bearing sudutan.

Aras 1
• Menyatakan bearing sudutan.
• Mengukur bearing sudutan.

Menunjuk cara mengukur bearing sudutan dengan menggunakan jangka sudut.
3. Skala dan Jarak Jarak Skala lurus Mengenal skala dan jarak.

Aras 1

• Mengukur jarak di antara dua tempat di atas peta dengan menggunakan skala lurus.

• Menukar jarak di atas peta kepada jarak sebenar dengan menggunakan skala lurus.

Aras 2
• Menukar jarak dilapangan kepada jarak di atas peta dengan menggunakan skala lurus.

Menunjuk cara:
- mengukur jarak lurus antara dua tempat (x dan y).
- menukar jarak pada peta kepada jarak sebenar mengikut skala peta.
- menukar skala sebenar (bilik darjah) kepada skala yang lebih kecil (contoh 1cm mewakili 1m).

Mengadakan aktiviti kumpulan untuk:
- mengukur jarak dan melukis pelan kaw asan sekolah.
- Mengukur jarak dan melukis pelan laluan murid dari rumah ke sekolah.
4. Graf Pola Taburan Menyusun maklumat dan data dalam bentuk jadual dan melukis graf berganda.

Aras 1
• Mengumpul dan merekod maklumat dan data.
• Menyusun maklumat dan data dalam bentuk jadual.

Aras 2
• Melukis graf bar berganda dan graf garisan berganda berdasarkan jadual dengan menggunakan label dan petunjuk yang betul.

Aras 3
• Mentafsir jadual, graf bar berganda dan graf garisan berganda.

Menunjuk cara mendapatkan maklumat dan data seperti:
- bilangan ahli rumah sukan murid mengikut jantina dalam kelas.

Menunjuk cara membina jadual dan melukis graf.

Penggunaan komputer digalakkan.

Menunjuk cara mentafsir jadual, graf bar berganda dan graf garisan berganda.

Menghasilkan buku skrap pelbagai jadual dan graf.

5. Rajah
Mengaplikasi maklumat dalam bentuk rajah.

Aras 1
• Mengumpul maklumat.
• Melukis dan melabel rajah berdasarkan maklumat.

Aras 2
• Mentafsir rajah.

Membincangkan teknik-teknik melukis rajah seperti:
- peta minda
- kitaran

Penggunaan komputer digalakkan.

Menghasilkan buku skrap pelbagai bentuk rajah.

6. Peta

Pola Saling kaitan

Mengenal ciri-ciri fizikal dan budaya dalam peta bergambar (peta pelancongan).

Aras 1

• Mengenal pasti ciri-ciri fizikal dan budaya berdasarkan peta bergambar (peta pelancongan):
• tempat bersejarah
• tempat rekreasi
• pusat membeli-belah
• kemudahan penginapan
• kemudahan pengangkutan

• Menyatakan kedudukan dan taburan ciri-ciri geografi yang diperhatikan dalam peta bergambar.

Aras 2
• Mengelaskan simbol-simbol yang mew akili ciri-ciri fizikal dan budaya dalam peta bergambar.

Aras 3
• Mentafsir peta bergambar.

* Mencintai negara Malaysia
- berbangga terhadap kepelbagaian pandang darat fizikal dan budaya negara Malaysia.

Menunjuk cara untuk menentukan kedudukan dan taburan ciri-ciri fizikal dan budaya pada peta bergambar (peta pelancongan). Mengadakan aktiviti kumpulan untuk mengenal pasti ciri-ciri fizikal dan budaya dalam peta bergambar (peta pelancongan).

Melengkapkan pengurusan grafik tentang ciri-ciri fizikal dan budaya daripada peta bergambar (peta pelancongan).


BAHAGIAN B: GEOGRAFI FIZIKAL DAN MANUSIA

          Kajian mendalam dijalankan mengenai saling kaitan dan interaksi antara aspek kemanusiaan dengan aspek fizikal untuk memberi gambaran tentang bumi sebagai ruang kediaman dan kegiatan  manusia.

          Tumpuan kajian diberi terhadap aspek-aspek interaksi ruangan daripada aspek pola, taburan dan perubahan yang wujud. Isu-isu yang timbul akibat interaksi itu juga diutamakan. Kandungan juga menekankan kajian mengenai pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar bagi menjamin penggunaan  sumber alam dan kualiti hidup yang sempurna.

          Kajian Geografi Fizikal dan Manusia berasaskan tiga tema iaitu Dinamik Penduduk, Petempatan dan Perkembangannya serta Pengangkutan dan Perhubungan. Tumpuan kajian untuk melihat interaksi antara manusia dengan alam sekitar. Skala kajian berfokuskan negara Malaysia dan  perbandingan dengan negara lain dilakukan untuk melihat ciri-ciri persamaan dan kelainan yang wujud dalam aspek-aspek tertentu.

          Kemahiran Geografi perlu diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk mengukuhkan persepsi murid terhadap interaksi ruangan.

Unsur-unsur patriotisme diberi penekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.


TEMA 4: DINAMIK PENDUDUK


TAJUK
KONSEP
HASIL PEMBELAJARAN
UNSUR PATRIOTISME
CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

4.1 Taburan penduduk
Kepadatan Taburan Mengenal pasti taburan penduduk negara Malaysia dan faktor-faktor yang mempengaruhi taburannya.

Aras 1

• Mengenal pasti taburan penduduk negara Malaysia:
• padat
• sederhana
• jarang

• Menyenaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi taburan penduduk negara Malaysia.

Aras 2

• Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi taburan penduduk negara Malaysia.

* Bersatu dalam kepelbagaian
- berbangga dengan perpaduan penduduk negara Malaysia dan bertanggungjawab untuk mengekalkannya

Membincangkan taburan penduduk negara Malaysia melalui peta.

Menghasilkan peta minda tentang faktor-faktor yang mempengaruhi taburan penduduk negara Malaysia.

Mengadakan aktiviti kumpulan untuk mengumpul maklumat taburan penduduk negara Malaysia daripada pelbagai media seperti bahan bercetak dan internet.

Menghasilkan model tentang taburan penduduk negara Malaysia.

4.2 Perubahan penduduk
Kadar kelahiran Kadar kematian Migrasi
Memahami perubahan penduduk negara Malaysia dan faktor-faktor yang mempengaruhinya.

Aras 1

• Mendefinisikan perubahan penduduk.

• Menyenaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi:
• kadar kelahiran
• kadar kematian
• migrasi

Aras 2

• Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi:
• kadar kelahiran
• kadar kematian
• migrasi


Aras 3

• Merumus tentang perubahan penduduk negara Malaysia pada masa depan berdasarkan:
• kadar kelahiran
• kadar kematian
• migrasi

Simulasi tentang perubahan penduduk.

Menghasilkan peta minda tentang faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan penduduk.

Meramalkan perubahan penduduk negara Malaysia pada masa depan.

4.3 Migrasi penduduk sebagai tindak balas terhadap faktor ekonomi, politik (governan), sosial dan fizikal

Memahami migrasi penduduk negara Malaysia dan faktorfaktor yang mempengaruhinya.

Aras 1

• Menerangkan migrasi penduduk.
• Menerangkan pola migrasi penduduk
• Menyenaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi migrasi penduduk:
• luar bandar ke bandar
• luar bandar ke luar bandar

Contoh:
ekonomi - pekerjaan
             - kadar upah

politik - kestabilan dasar (governan) polisi kerajaan

sosial - kemudahan asas
           - pendidikan
           - keluarga
fizikal - bencana alam

Aras 2
• Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi migrasi penduduk.

* Berusaha membangunkan negara Malaysia
- bertanggungjawab dan bersedia memberi sumbangan terhadap pembangunan negara Malaysia.


Sumbang saran faktor-faktor yang mempengaruhi migrasi penduduk.

Menghasilkan peta minda tentang faktor-faktor yang mempengaruhi migrasi penduduk.

Syarahan tentang migrasi penduduk.

4.4 Kesan perubahan penduduk terhadap alam sekitar

Memahami kesan-kesan
perubahan penduduk terhadap
alam sekitar.
Aras 1
• Menyenaraikan kesan-kesan
penduduk terhadap penerokaan
sumber:
• Tanih
• Hutan
• Air
Aras 2
• Menghuraikan dengan contoh
kesan-kesan perubahan
penduduk terhadap penerokaan
sumber.
Aras 3
• Mencadangkan langkah-langkah
penerokaan sumber secara
terancang.

Mengumpul maklumat tentang kesan
perubahan penduduk terhadap alam
sekitar daripada pelbagai media seperti
akhbar, majalah dan internet.
Melukis rajah tentang kesan-kesan
perubahan penduduk terhadap alam
sekitar.
Mengadakan tayangan video tentang
pengurusan alam sekitar.

4.5 Hubungan
kependudukan
dengan sumber

Penduduk
berlebihan
kurang
penduduk
dan
penduduk
optimum

Memahami hubungan
kependudukan dengan sumber
serta implikasinya.
Aras 1
• Mentakrifkan konsep penduduk
berlebihan, kurang penduduk dan
penduduk optimum.
• Menyenaraikan ciri dan contoh:
• penduduk berlebihan
• kurang penduduk
• Menyatakan kesan penduduk
berlebihan dan kurang penduduk
terhadap sumber untuk
memenuhi keperluan
kependudukan:
• makanan
• tempat tinggal
• pekerjaan
• pendidikan
• perubatan
• kemudahan asas

Aras 2
• Menghuraikan ciri berserta
contoh:
• penduduk berlebihan
(Bangladesh)
• kurang penduduk
(Kanada)
• Menjelaskan kesan penduduk
berlebihan dan kurang penduduk
terhadap sumber untuk
memenuhi keperluan
kependudukan:
• makanan
• tempat tinggal
• pekerjaan
• pendidikan
• perubatan
• kemudahan asas

* Mencintai negara
Malaysia.
- bertanggungjaw ab
dan bersama-sama
menyelesaikan
masalah
kependudukan
demi kesejahteraan
negara Malaysia.

Menghasilkan peta minda tentang ciri
penduduk berlebihan dan kurang
penduduk
Membincangkan ciri-ciri :
- lebihan penduduk
- kurang penduduk
- penduduk optimum


TEMA 5: PETEMPATAN DAN PERKEMBANGANNYA

TAJUK
KONSEP
HASIL PEMBELAJARAN
UNSUR PATRIOTISME
CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

5.1 Petempatan
awal

Kedudukan
Memahami petempatan awal dan
faktor-faktor yang
mempengaruhinya.
Aras 1
• Menyatakan lokasi petempatan
awal:
• pinggir pantai, delta dan muara
sungai
• pinggir sungai
• bukit/gua
• tanah pamah
• Menyenaraikan faktor-faktor yang
mempengaruhi petempatan aw al.
Aras 2
• Menghuraikan faktor-faktor yang
mempengaruhi petempatan aw al:
• fizikal
• keperluan asas

Mengumpul maklumat tentang lokasi
petempatan aw al daripada pelbagai
media seperti akhbar, bahan bercetak
dan internet.
Melengkapkan pengurusan grafik
tentang faktor-faktor yang
mempengaruhi petempatan awal.

5.2 Faktor yang
mempengaruhi
petempatan

Memahami faktor-faktor yang
mempengaruhi petempatan
negara Malaysia.
Aras 1
• Menyenaraikan faktor-faktor yang
mempengaruhi petempatan negara
Malaysia:
• sejarah
• fizikal
• ekonomi
• sosial
• politik (governan)
Aras 2
• Menjelaskan faktor-faktor yang
mempengaruhi petempatan negara
Malaysia:
• sejarah
• fizikal
• ekonomi
• sosial
• politik (governan)
Aras 3
• Merumus tentang peranan
kerajaan mempengaruhi
petempatan negara Malaysia
seperti:
• projek perumahan
• bandar baru
• rancangan kemajuan tanah

* Berusaha
membangunkan
negara Malaysia
- menghargai
peranan kerajaan
dalam
mempengaruhi
petempatan
negara Malaysia.

Membincangkan faktor-faktor yang
mempengaruhi petempatan negara
Malaysia.
Menghasilkan peta minda tentang
faktor-faktor yang mempengaruhi
petempatan negara Malaysia.
Menghasilkan buku skrap tentang
faktor-faktor yang mempengaruhi
petempatan negara Malaysia.
Syarahan tentang faktor-faktor yang
mempengaruhi petempatan negara
Malaysia.
Sumbang saran tentang peranan
kerajaan dalam mempengaruhi
petempatan negara Malaysia.
Mengadakan aktiviti kumpulan untuk
menghasilkan model tentang:
- projek perumahan
- bandar baru
- rancangan kemajuan tanah

5.3 Pola-pola petempatan
Pola
Memahami pelbagai pola
petempatan negara Malaysia.
Aras 1
• Menyenaraikan pelbagai pola
petempatan negara Malaysia:
• berselerak
• berjajar
• berpusat
• berkelompok
• Menyatakan ciri-ciri pola
petempatan negara Malaysia:
• berselerak
• berjajar
• berpusat
• berkelompok

Aras 2
• Menjelaskan dengan contoh ciriciri
pola petempatan negara
Malaysia:
• berselerak
• berjajar
• berpusat
• berkelompok
Aras 3
• Membandingkan dan membezakan
pola petempatan negara Malaysia:
• berselerak
• berjajar
• berpusat
• berkelompok

Mengumpul gambar tentang pola
petempatan.
Menghasilkan model tentang pola
petempatan negara Malaysia.
Mengelaskan tentang ciri-ciri pola
petempatan negara Malaysia.
Melengkapkan pengurusan grafik
tentang pola-pola petempatan negara
Malaysia.

5.4 Fungsi
petempatan luar
bandar dan
bandar

Memahami fungsi petempatan negara
Malaysia.
Aras 1
• Menyenaraikan fungsi petempatan
negara Malaysia dari segi ekonomi
seperti:
• perniagaan
• perdagangan
• pelabuhan
• perindustrian
• pertanian
• pelancongan


Aras 2
• Menghuraikan fungsi petempatan
negara Malaysia dari segi:
• ekonomi
• sosial
• politik (governan)
• Menjelaskan dengan contoh
fungsi:
• petempatan luar bandar
• petempatan bandar
Aras 3
• Membandingkan dan
membezakan fungsi-fungsi
petempatan luar bandar dan
petempatan bandar.

* Berusaha
membangunkan
negara Malaysia
- bertanggungjaw ab
dan berkeupayaan
membangunkan
petempatan negara
Malaysia.

Membincangkan fungsi petempatan
negara Malaysia dari segi ekonomi,
sosial dan politik (governan).
Mengumpul maklumat dan gambar
tentang petempatan negara Malaysia
daripada pelbagai media seperti
bahan bercetak dan internet.
Melengkapkan pengurusan grafik
tentang persamaan dan perbezaan
petempatan luar bandar dan
petempatan bandar.
• Menyenaraikan fungsi petempatan
negara Malaysia dari segi sosial
seperti:
• pendidikan
• perhubungan dan
pengangkutan
• Menyenaraikan fungsi petempatan
negara Malaysia dari segi politik
(governan) seperti:
• pusat pentadbiran
Menghasilkan peta minda tentang
fungsi-fungsi petempatan luar bandar
dan petempatan bandar.

5.5 Pembandaran
Pembandaran
Negara
membangun
Negara maju

Memahami proses pembandaran
negara Malaysia.
Aras 1
• Menerangkan proses
pembandaran.
• saiz penduduk
• kegiatan ekonomi
• kemudahan asas
• Menyenaraikan faktor-faktor yang
mempengaruhi pembandaran
negara Malaysia:
• dasar kerajaan
• peluang pekerjaan
• migrasi
• Menyatakan kesan pembandaran
negara Malaysia.
• Menyenaraikan langkah-langkah
untuk mengurangkan masalah
pembandaran negara Malaysia.

Aras 2
• Menghuraikan ciri-ciri
pembandaran negara Malaysia:
• saiz penduduk
• kegiatan ekonomi
• kemudahan asas
• Menjelaskan faktor-faktor yang
mempengaruhi pembandaran
negara Malaysia:
• dasar kerajaan
• peluang pekerjaan
• migrasi
• Menghuraikan kesan-kesan
pembandaran negara Malaysia:
• positif
• negatif
• Menghuraikan langkah-langkah
untuk mengatasi masalah
pembandaran negara Malaysia.
• Menghuraikan kesan-kesan
pembandaran di negara lain:
•Bangkok (Thailand)
•Tokyo (Jepun)

* Berusaha
membangunkan
negara Malaysia
- berbangga dan
bersyukur
terhadap tahap
kemajuan
pembandaran
negara Malaysia.

Membincangkan faktor-faktor yang
mempengaruhi proses pembandaran.
Menghasilkan peta minda ciri-ciri
pembandaran negara Malaysia.
Pidato spontan tentang proses
pembandaran negara Malaysia.
Membincangkan kesan-kesan
pembandaran negara Malaysia,
contoh kesan positif:
- peluang pekerjaan
- infrastruktur
Membincangkan kesan-kesan
pembandaran negara Malaysia,
contoh kesan negatif:
- kesesakan lalu lintas
- kekurangan tempat tinggal
- pencemaran udara
Sumbang saran langkah-langkah
untuk mengurangkan masalah
pembandaran.
Mengumpul maklumat tentang proses
pembandaran daripada pelbagai
media seperti bahan bercetak dan
internet.
Perbincangan secara kumpulan
tentang kesan-kesan pembandaran
di Kuala Lumpur dengan:
- Bangkok
- Tokyo


TEMA 6: PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN

TAJUK
KONSEP
HASIL PEMBELAJARAN
UNSUR PATRIOTISME
CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

6.1 Keperluan
pengangkutan
dan
perhubungan
awal

Interaksi
Ketersampaian

Memahami keperluan
pengangkutan dan
perhubungan awal negara
Malaysia.
Aras 1
• Menyatakan cara pengangkutan
dan perhubungan aw al negara
Malaysia.
• Menyenaraikan keperluan
pengangkutan dan perhubungan
aw al negara Malaysia.
Aras 2
• Menghuraikan keperluan
pengangkutan dan perhubungan
awal negara Malaysia.

* Mencintai negara
Malaysia
- berbangga
dengan tahap
kemajuan sistem
pengangkutan dan
perhubungan
negara Malaysia.

Sumbang saran cara pengangkutan
dan perhubungan awal negara
Malaysia.
Membincangkan keperluan
pengangkutan dan perhubungan aw al
negara Malaysia.
Mengumpul gambar tentang
pengangkutan dan perhubungan aw al
negara Malaysia daripada pelbagai
media seperti bahan bercetak dan
internet.
Menghasilkan buku skrap tentang
pengangkutan dan perhubungan aw al
negara Malaysia.
Mengadakan law atan sambil belajar.

6.2 Pekembangan
pengangkutan
dan
perhubungan

Memahami perkembangan
pengangkutan dan
perhubungan negara Malaysia.
Aras 1
• Menyatakan perkembangan
pengangkutan dan perhubungan
negara Malaysia.
• darat
• air
• udara
• telekomunikasi
Aras 2
• Menghuraikan perkembangan
sistem pengangkutan negara
Malaysia.

• Menghuraikan perkembangan
sistem perhubungan negara
Malaysia.
Mengelaskan jenis pengangkutan dan
perhubungan negara Malaysia.
Mengkaji peta untuk melihat jaringan
sistem pengangkutan negara
Malaysia.
Membincangkan perkembangan
jaringan pengangkutan negara
Malaysia seperti:
- Lorong pejalan kaki
- jalan raya
- lebuh raya
Membincangkan perkembangan
sistem pengangkutan negara
Malaysia seperti:
- keretapi, komuter sistem transit
aliran ringan (LRT), monorel.
Membincangkan perkembangan
sistem perhubungan dan teknologi
maklumat dan komunikasi seperti:
- pos, telegraf, telefon, faksimili,
teleks dan internet.

6.3 Faktor yang
mempengaruhi
jaringan
pengangkutan
dan perhubungan

Jaringan
Memahami faktor-faktor yang
mempengaruhi jaringan
pengangkutan dan
perhubungan negara Malaysia.
Aras 1
• Menyenaraikan faktor-faktor
yang mempengaruhi jaringan
pengangkutan dan perhubungan
negara Malaysia:
•bentuk muka bumi
•ekonomi
•dasar kerajaan
•kemajuan teknologi

Aras 2
• Menjelaskan faktor-faktor yang
mempengaruhi jaringan
pengangkutan dan perhubungan
negara Malaysia:
• bentuk muka bumi
• ekonomi
• dasar kerajaan
• kemajuan teknologi

* Mencintai negara
Malaysia
- Menghargai
peranan kerajaan
dalam
mempengaruhi
kemajuan
pengangkutan dan
perhubungan
negara Malaysia

Mengumpul dan menyusun gambar
mengenai pengangkutan dan
perhubungan mengikut kronologi
masa daripada pelbagai media seperti
bahan bercetak dan internet.
Sumbang saran tentang faktor-faktor
yang mempengaruhi jaringan
pengangkutan dan perhubungan
negara Malaysia
Mengadakan kuiz tentang faktorfaktor
yang mempengaruhi jaringan
pengangkutan dan perhubungan
negara Malaysia.

6.4 Kepentingan
jaringan
pengangkutan
dan
perhubungan

Integrasi
Lingkungan
pengaruh

Memahami kepentingan
jaringan pengangkutan dan
perhubungan.
Aras 1
• Menyatakan kepentingan jaringan
pengangkutan dan perhubungan
terhadap pembangunan negara
Malaysia:
• Ekonomi - perdagangan
• sosial - integrasi kaw asan
• politik - keselamatan
(governan)
Aras 2
• Menghuraikan kepentingan
jaringan pengangkutan dan
perhubungan terhadap
pembangunan negara Malaysia:
• Ekonomi - perdagangan
• Sosial - integrasi kaw asan
• politik - keselamatan
(governan)
Aras 3
• Membuat rumusan tentang
kepentingan pengangkutan dan
perhubungan negara Malaysia
dan Kanada.

* Mempertahankan
negara Malaysia
- bertanggungjaw ab
menjaga
kemudahan yang
ada.

Sumbang saran tentang kepentingan
jaringan pengangkutan dan
perhubungan terhadap pembangunan
negara Malaysia.
Mencari maklumat tentang
kepentingan pengangkutan dan
perhubungan negara Kanada
daripada pelbagai media seperti
akhbar, majalah dan internet.
Membincangkan kepentingan
perkembangan teknologi maklumat
dan komunikasi terhadap
pembangunan negara Malaysia dan
kaitannya dengan hubungan
antarabangsa dengan berpandukan
pelbagai media seperti bahan
bercetak dan internet.
Mengadakan aktiviti kumpulan untuk
membuat perbandingan kepentingan
pengangkutan dan perhubungan
negara Malaysia dan Kanada.

6.5 Kesan
perkembangan
pengangkutan
dan
perhubungan
terhadap alam
sekitar

Memahami kesan
perkembangan pengangkutan
dan perhubungan terhadap alam
sekitar negara Malaysia.
Aras 1
• Menyenaraikan kesan-kesan
perkembangan pengangkutan
dan perhubungan terhadap alam
sekitar negara Malaysia.
• Menyatakan langkah-langkah
mengurangkan kesan negatif
perkembangan pengangkutan
dan perhubungan ke atas alam
sekitar negara Malaysia.
Aras 2
• Menjelaskan dengan contoh
kesan perkembangan
pengangkutan dan perhubungan
terhadap alam sekitar negara
Malaysia.
• Menghuraikan contoh langkahlangkah
mengurangkan kesan
negatif perkembangan
pengangkutan dan perhubungan
ke atas alam sekitar negara
Malaysia.

* Mencintai negara
Malaysia
- bertanggungjaw ab
memelihara alam
sekitar.

Mencari maklumat tentang kesankesan
perkembangan pengangkutan
dan perhubungan terhadap alam
sekitar daripada pelbagai media
seperti bahan bercetak dan internet.
Membincangkan langkah-langkah
mengurangkan kesan negatif
perkembangan pengangkutan dan
perhubungan ke atas alam sekitar
negara Malaysia.
Menghasilkan buku skrap mengenai
kesan perkembangan pengangkutan
dan perhubungan terhadap alam
sekitar.


BAHAGIAN C: KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

Bahagian ini memberi penegasan kepada kerja amali untuk menghubungkaitkan aspek-aspek geografi dalam organisasi ruangan. Kaw asan persekitaran murid digunakan sebagai asas pengajaran dan pembelajaran untuk memahami beberapa aspek organisasi ruangan.

Keadaan saling berkait dan saling bergantung antara alam sekitar dengan manusia perlu dijelaskan. Semangat mencintai dan menghargai kaw asan sendiri dapat disemai melalui pemahaman ciri-ciri istimewa yang w ujud hasil daripada proses interaksi yang berlaku.

Dalam pengajaran dan pembelajaran Kajian Geografi Tempatan (KGT), tema-tema dalam Sukatan Pelajaran perlu dipelajari secara bersepadu. Kaw asan kajian sama ada:
a) rumah dan persekitaran, atau
b) sekolah dan persekitaran, atau
c) mana-mana kaw asan antara rumah dan sekolah.

Arahan Am
• Semua murid Tingkatan 2 wajib menjalankan KGT.
• KGT dijalankan setelah selesai Bahagian A dan mana-mana satu tema Bahagian B.
• Kerja lapangan boleh dijalankan secara individu atau berkumpulan tetapi laporan KGT hendaklah dibuat secara individu.
• KGT dijalankan mulai aw al penggal kedua selama enam hingga lapan minggu.
• Kerja lapangan tidak menggunakan waktu pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
• Laporan KGT diberi penilaian dan markahnya dimasukkan dalam peperiksaan akhir tahun.
• Sekiranya kajian melibatkan temu bual,saiz sampel tidak melebihi 20 responden.
• Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam mencari maklumat dan penulisan laporan digalakkan.
• Panjang laporan Hasil Kajian tidak melebihi 250 patah perkataan.
• Laporan KGT hendaklah disediakan dalam kertas bersaiz A4.
• Laporan yang disediakan perlu menyentuh semua kriteria yang ditetapkan dalam format penulisan laporan.

Format penulisan laporan

1. Tajuk kajian
2. Senarai kandungan
3. Penghargaan
4. Pendahuluan
5. Objektif kajian
6. Kaw asan kajian
7. Kaedah kajian
8. Hasil kajian
9. Rumusan
10. Rujukan
11. Lampiran


CADANGAN TAJUK-TAJUK KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

TEMA 4: DINAMIK PENDUDUK

TAJUK
OBJEKTIF KAJIAN
UNSUR PATRIOTISME
PANDUAN MENJALANKAN KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

Kaitan antara komposisi
penduduk dengan jenis
pekerjaan di kaw asan kajian

• Memerhati dan mengkaji taburan dan
komposisi penduduk di kaw asan
kajian.
• jantina
• kaum
• Mengumpul maklumat jenis-jenis
pekerjaan penduduk di kaw asan
kajian.
• Merekod dan mempersembahkan
maklumat dan data dalam bentuk:
• jadual
• graf
• peta lakar
• Menyatakan kaitan antara komposisi
penduduk dengan jenis pekerjaan.

* Bersatu dalam
kepelbagaian
- menghargai dan
menghormati
keharmonian dan
kerjasama antara
kaum di kaw asan
kajian.

Menentukan lokasi kaw asan kajian
menggunakan peta lakar.
Menjelaskan tentang komposisi
penduduk dan jenis-jenis pekerjaan.
Menunjuk cara memproses maklumat dan
data mengikut kaedah yang sesuai.
Membincangkan tentang penglibatan
penduduk dalam sektor pekerjaan di
kaw asan kajian.
Selain daripada tajuk yang diberikan,
guru boleh memilih tajuk-tajuk yang
berkaitan dengan dinamik penduduk
contoh:
- isu-isu semasa yang berkaitan
dengan dinamik penduduk.

TEMA 5: PETEMPATAN DAN PERKEMBANGANNYA
TAJUK
OBJEKTIF KAJIAN
UNSUR PATRIOTISME
PANDUAN MENJALANKAN KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

Kaitan antara fungsi
petempatan dengan
pembangunan
di kaw asan kajian

• Mengenal pasti dan mengkaji pola
petempatan di kaw asan kajian.
• Mengenal pasti dan mengkaji fungsi
petempatan dari segi:
• ekonomi
• pentadbiran
• sosial
• Menyenaraikan faktor-faktor yang
mempengaruhi fungsi petempatan di
kaw asan kajian.
• Merekod dan mempersembahkan
maklumat dan data dalam bentuk:
• jadual
• graf
• peta lakar
• Merumus tentang kaitan antara fungsi
petempatan dengan pembangunan di
kaw asan kajian.

* Berusaha
membangunkan
negara Malaysia
- menghargai
peranan kerajaan
dalam
mempengaruhi
petempatan di
kaw asan kajian.
- berbangga dan
bersyukur
terhadap kemajuan
petempatan di
kaw asan kajian.

Menentukan lokasi kaw asan kajian
menggunakan peta lakar.
Menerangkan aspek kajian:
- lokasi
- pola petempatan
- fungsi petempatan
Membincangkan faktor-faktor yang
mempengaruhi fungsi petempatan:
- kedudukan
- bentuk muka bumi
- dasar kerajaan
Membimbing murid memproses maklumat
dan data.
Membincangkan tentang kaitan antara
fungsi petempatan dengan
pembangunan di kaw asan kajian.
Selain daripada tajuk yang diberikan,
guru boleh memilih tajuk-tajuk yang
berkaitan dengan petempatan dan
perkembangannya contoh:
- isu-isu semasa yang berkaitan
dengan petempatan dan
perkembangan.

Kepentingan pengangkutan
terhadap pembangunan
kaw asan kajian
• Mengenal pasti jenis-jenis
pengangkutan di kaw asan kajian.
• Mengenal pasti satu jenis
pengangkutan yang memainkan
peranan penting dalam
membangunkan kaw asan kajian:
• ekonomi
• sosial
• Mengkaji jenis pengangkutan yang
dipilih daripada segi:
• kedudukan
• perkhidmatan
• kekerapan
• Merekod dan mempersembahkan
maklumat dan data dalam bentuk:
• jadual
• graf
• peta
• Merumus tentang kepentingan jenis
pengangkutan tersebut terhadap
ekonomi dan sosial di kaw asan
kajian.
* Mencintai negara
Malaysia
- berbangga dengan
tahap kemajuan
sistem pengangkutan
dan perhubungan di
kaw asan kajian.
Menentukan lokasi kaw asan kajian
menggunakan peta lakar.
Menerangkan aspek kajian seperti:
- jenis pengangkutan
- kepentingan pengangkutan
Membincangkan:
- kedudukan
menerangkan lokasi jaringan
pengangkutan utama di kaw asan
kajian berdasarkan arah dan jarak
menggunakan peta lakar.
- perkhidmatan
menerangkan jenis-jenis
perkhidmatan pengangkutan.
- kekerapan
menerangkan kekerapan aliran
kenderaan di kaw asan kajian.
Menunjuk cara memproses maklumat
dan data mengikut kaedah yang sesuai.
Membincangkan kepentingan jenis
pengangkutan terhadap pembangunan di
kaw asan kajian.
Selain daripada tajuk yang diberikan,
guru boleh memilih tajuk-tajuk yang
berkaitan dengan pengangkutan dan
perhubungan contoh:
− isu-isu semasa yang berkaitan
dengan pengangkutan dan
perhubungan.

0 comments:

Catat Ulasan

Waktu Piawai Dunia